TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT

Segala terma dan syarat di sini adalah merangkumi sebarang transaksi anda di laman web (www.eyre.com.my). Anda dianggap menerima semua terma & syarat ini apabila anda bersetuju untuk membuat sebarang pembelian di laman web ini. Kami berhak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang akaun yang telah didapati melanggar terma & syarat ini.

UMUM

 Terma & syarat ini mungkin akan berubah mengikut keperluan semasa dan kami akan kemaskini  di laman web ini. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain di mana ianya adalah di luar kawalan kami dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin akan terjadi disebabkan pautan tersebut.

 HAK INTELEK

 Segala gambar, logo, karya seni, reka bentuk, dan ayat yang dipaparkan di laman web ini adalah hak intelek kami. Anda dilarang daripada menerbit, memanipulasi, mengedar dan menyebarkan sebarang kandungan dalam sebarang format untuk kegunaan peribadi atau perusahaan.

 AKAD

Dari sudut agama Islam “lafaz kontrak dianggap sah apabila borang pesanan yang dikemukakan  kepada penjual secara online mempunyai perincian yang jelas tentang urus niaga barang yang hendak dijual beli”. Kami percaya bahawa kami telah memberikan perincian yang cukup jelas dan lengkap bagi setiap produk kami. Apabila anda membuat pesanan kami ingin percaya bahawa anda juga telah membuat pertimbangan sewajarnya mengenai produk tersebut.

Usai membuat pesanan, anda akan menerima satu pengesahan emel dari kami. Emel ini hanyalah satu bentuk pengesahan dan masih belum dikira sebagai satu penerimaan pesanan anda. Akad antara anda dan kami hanya akan termeterai apabila jumlah bayaran yang secukupnya telah kami terima dan penghantaran telah kami lakukan. Apabila akad telah dimeterai, anda tidak boleh membatal atau menukar produk tersebut. Sila lihat di bawah untuk polisi pemulangan.

POLISI PEMULANGAN & PERTUKARAN

Kami hanya akan membuat pertukaran bagi produk yang rosak atau cacat. Tiada bayaran balik akan diberikan. Anda hanya boleh membuat pertukaran produk dengan produk lain yang sama nilai dan bergantung kepada ketersediaan stok kami.

Anda boleh menghubungi kami dari masa 14 hari kalendar selepas produk diterima untuk sebarang pertukaran. Anda perlu menghantar semula produk tersebut ke ibu pejabat kami dan segala kos perlu ditanggung. Kami akan menghantar produk baru anda tanpa sebarang caj.

Jika anda merasakan bahawa kerosakan atau kecacatan produk tersebut adalah ketika proses transit, kami memerlukan kerjasama anda untuk membuat laporan kepada kami dalam masa 48jam dari waktu penerimaan. Kami mungkin memerlukan anda untuk menghantar bukti bergambar.

POLISI PENUKARAN SAIZ PRODUK

Jika anda sudah menerima produk yang dipesan dan mendapati bahawa saiz tersebut tidak sesuai dengan anda, tidak perlu risau. Anda boleh menukarnya dengan saiz yang baru tanpa sebarang bayaran dalam masa 14 hari. Anda hanya perlu menghantar semula produk tersebut ke ibu pejabat kami dan nyatakan saiz yang anda mahukan. Tetapi ianya adalah bergantung kepada ketersediaan stok. Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan cuba mencadangkan produk lain yang sama nilainya.

 BAUCAR DISKAUN

 Pihak kami akan mengeluarkan baucar diskaun dari masa ke semasa. Syarat sah baucar ini juga  akan mengikut tetapan sendiri dan akan dimaklumkan. Setiap baucar yang dikeluarkan adalah unik kepada setiap individu dan menjadi tanggungjawab penerima baucar untuk menyimpan dan menggunakannya. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penggunaan baucar tersebut oleh individu selain dari penerima.

 PRODUK

Kami mengerti bahawa membeli sebarang produk di laman maya terutamanya melibatkan fabrik akan memberi satu pengalaman yang berbeda dari pembelian di kedai fizikal. Kami telah berusaha untuk memberikan perincian yang cukup jelas dan lengkap bagi semua produk terutama warnanya. Akan tetapi faktor seperti pencahayaan, jenis fabrik dan juga tetapan monitor skrin juga perlu diambil kira. Kami percaya anda faham mengenai perkara ini.

Mengenai saiz pula, setiap produk yang kami hasilkan telah melalui proses pemeriksaan kualiti dan hanya produk yang telah lulus akan dipamer untuk jualan. Tetapi atas sifat penghasilan produk itu sendiri, sesetengah jenis fabrik mungkin akan mempunyai ralat kurang lebih 1inci dari carta saiz yang dipaparkan.

Jika terdapat kekhilafan dari kami berkenaan nilai sesuatu produk, kami akan maklumkan pada anda secepat mungkin dan meminta pengesahan untuk anda memastikan pembayaran semula produk tersebut pada nilai sebenar ataupun anda ingin membatalkan pembelian. Jika kami gagal menghubungi anda kami akan menganggap pembelian tersebut telah terbatal. Sebarang pembatalan bagi kes ini, kami akan membayar balik wang anda sepenuhnya.