Perihal Kami

eyre ditubuhkan pada tahun 2018 dengan cita untuk memberi ruang kepada peminat fesyen yang sentiasa mencari nilai untuk wang tanpa mengorbankan keselesaan dan kecantikan.

Kami juga sentiasa cuba untuk bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada pelanggan kami, pekerja kami, pembekal kami, dan juga alam sekitar.

Setiap helaian baju yang dihasilkan, kami akan sentiasa cuba memaksimakan penggunaan tekstil dan meminimakan penggunaan sumber terhad.

Kami juga sentiasa cuba untuk mendapatkan tekstil kami dari pembekal yang mengamalkan dan percaya dengan prinsip yang sama.

Ini adalah tekad kami dan kami tidak akan pernah berhenti untuk cuba mencapainya.