CARA PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN

Sila pilih produk yang berkenan dihati daripada laman web. Klik sahaja pada gambar tersebut atau klik pada ikon Select Options.

Anda akan dibawa ke laman utama produk tersebut. Di situ anda boleh menjamu mata dengan gambar gambar lain daripada produk tersebut untuk membuat keputusan.

Jika anda berkenan dengan produk tersebut dan sudah nekad untuk memilikinya, anda boleh mula memilih saiz yang bersesuaian. Apabila anda memilih saiz, sistem akan memaparkan jumlah yang masih ada dalam stok kami.

 

Setelah itu, anda perlu memilih pula kuantiti produk yang diingini.

 

Apabila telah berpuas hati terhadap kuantiti tersebut, sila klik butang Add To Cart.

 

Anda patut dapat lihat paparan mesej seperti berikut.

 

Jika anda sudah tidak mahu melayari produk produk lain lagi, sila klik butang View Cart.

 

Anda boleh melihat rumusan pilihan anda sekarang dari segi pilihan produk, kuantiti dan juga harga.

 

Jikalau anda sudah tidak mahu meneruskan sebarang pembelian lain, sila klik butang Proceed To Checkout.

 

Anda akan di bawa ke paparan Checkout.Sila isi maklumat anda di bahagian Billing Details.

 

Usai mengisi maklumat, sila klik butang Place Order.

 

Anda akan di bawa ke paparan SenangPay. Sila semak semula dan pastikan maklumat yang telah diisi sebentar tadi.

 

Akhir sekali, sila pilih jenis pembayaran yang anda akan digunakan dan klik Pay RMxx.00.